RPH


Rancangan Pengajaran Harian :
Mata pelajaran              : Matematik

Kelas                             : Tahun 4B

Tarikh                            : 12-10-2012

Masa                             : 8:30 – 9:00pagi (30 minit)

Bilangan murid              : 37 orang

Bidang pelajaran           : Penolakan melibatkan wang hingga RM 10 000.

Objektif pembelajaran  : 1.     menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penolakan dalam wang.
2.     pengiraan penolakan melibatkan nombor perpuluhan.
3.    peminjaman jumlah pada rumah bersebelahan yang lebih besar nilainya.

Hasil pembelajaran       : Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A Menguasai isi kandungan
a.         menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgit dan sen hingga RM 10 000 secara lisan dengan betul.
b.         menulis jumlah wang dalam ringgit dan sen hingga RM 10 000 dalam perkataan atau perkataan dengan  menggunakan angka dan simbol RM.

B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
a.         menentukan nilai wang hingga RM 10 000 dengan tepat.
b.         menghubungkaitkan dan mencari kesamaan nilai wang hingga RM 10 000 dengan tepat.

C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
a.         melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan perbincangan kumpulan.
b.         menyedari kepentingan wang dan akan berjimat-cermat semasa menggunakan wang.

Konsep/prinsip/hukum/teori:
Penolakan nombor wang hingga RM 10 000
a.         menolak sebarang dua nombor.
b.         menolak berturut-turut yang melibatkan nombor perpuluhan.
c.         menolak berturut-turut yang melibatkan nombor perpuluhan hingga dua tempat
            perpuluhan dan nombor bulat.

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
a.         contoh kertas wang
b.         bola dan badminton yang bertanda harga,
c.         Kertas A4 yang bergambar “anak patung”.
d          kad manila dan pen penanda
e.         kertas mahjong
f.          soalan dan kuiz 
g.         lembaran kerja

Langkah berjaga-jaga:
a.         membezakan nilai wang dengan ada tempat perpuluhan.
b.         berhati-hati pertukaran unit.

Pengetahuan sedia ada:
1)         Murid pernah menggunakan wang.
2)         Murid dapat mengira fakta asas penolakan.


Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil
idea
(5 min)
1.        Penolakan  melibatkan wang hingga  RM 10 000.

RM48.90


  RM17.80
Ayat matematik
RM48.90 - RM17.80
=RM31.10





1.      Guru menunjukkan sebatang badminton dan sebiji bola  yang bertanda harga RM48.90 dan RM17.80.

2.      Guru menanya murid nilai sebatang badminton dan sebiji bola.  Guru juga menanya murid berapakah perbezaan harga diantara sebatang raket dan sebiji bola?

3.      Guru meminta murid mencari perbezaan harga diantara sebatang raket dan sebiji bola.

4.        Guru memperingatkan murid apabila membuat operasi penolakan nilai yang besar harus letak di atas iaitu nilai yang besar tolak nilai yang kecil.







5.      Guru memperkenalkan tajuk hari ini iaitu operasi penolakan sehingga RM 10 000.
 
1.    Murid menyatakan nilai sebatang badminton dan sebiji bola tersebut.
 

2.      Murid memberi respon terhadap soalan guru.


3.      Murid mencari perbazaan harga diantara sebatang raket dan sebiji bola.
Strategi:
-penyoalan seluruh kelas


Pendekatan masteri


Menstruktur/
Menstruktur
semula
(10 min)




  
1.      Guru memulakan pengajaran penolakan yang melibatkan wang serta menunjukkan sehelai contoh wang kertas RM 100 dan anak patung dengan tanda harga RM 59.90.
2.      Guru menerangkan cara penyelesaian dan mengajar murid menulis ayat matematik dan menyelesaikan dalam bentuk lazim.
 
3.        Semasa guru menerangkan cara pengiraan dalam bentuk lazim, guru mengemukakan soalan:
a.      Semasa mengira operasi penolakan, bermula dari mana nilai tempat?
b.      Apakah unit dan simbol perlu ditulis bersama jawapan?

4.      Guru memperingatkan murid bahawa:
-mengira tolak mesti mula dari  tempat sa, jika nilai nombor dalam tempat sa di atas tidak cukup menolak nombor sa di bawah, maka anda dikehendaki meminjam sepuluh dari tempat puluh.  Nilai nombor puluh yang telah dipinjam harus tolak 1 nilai seperti
10 dipinjam menjadi 9.
-jika soalan melibatkan 2 tempat perpuluhan, operasi penolakan bermula dari tempat 2 tempat nombor perpuluhan.
-titik perpuluhan diletakkan.
dalam tempat selari.

5.      Guru memberi satu situasi kepada murid.
(rujuk lampiran 1)

6.     Guru meminta  wakil murid keluar ke depan untuk menyelesaikan soalan.

7.      Setelah siap, menggalakkan murid tersebut berani menerangkan cara penyelesaian.

-Taksir kefahaman secara menjawab soalan.
-Murid yang telah menguasai ke fasa aplikasi dengan menjawap soalan penyelesaian yang berkaitan masalah harian.

1.    Murid cuba mencari baki wang dengan
     RM 100 menolak benda objek.


2.      Murid diperingatkan dan menjawab soalan guru.
a.       Mula pengiraan penolakan dari tempat sa jika tanpa melibatkan nombor perpuluhan.
b.      Jika melibatkan nombor perpuluhan perlu bermula dari kanan tempat nombor perpuluhan dalam tempat selari.
c.       Unit RM atau sen perlu dituliskan bersama jawapan.

3.      Murid membuat banding beza nilai nombor wang dengan titik perpuluhan atau tidak seperti       
      RM 3 000 00 dengan  RM 3 000.

 
Aktiviti Pemulihan
Bagi murid yang tidak menguasai, murid dikumpulkan dalam kumpulan kecil, guru membimbingkan mereka dengan menggunakan carta nilai tempat nombor.


Sikap saintifik dan nilai murni:
-penglibatan aktif
-berani menerang cara penyelesaian.
-teliti dalam pengiraan.

Pendekatan masteri

ABM:
Wang kertas yang bernilai RM100 , gambar anak patung

Aplikasi Idea
(10 min)
1.     Menganalisis soalan

2.      Memahami masalah penyelesaian.

3.      Menentukan cara penyelesaian.

4.       Menggunakan operasi penolakan mencari jawapan dan menggunakan operasi penambahan untuk memeriksa jawapan.
1.       Guru menunjukkan masalah dalam kertas mahjong ( rujuk lampiran2).
2.      Guru memberi arahan dalam kumpulan.






1.      Murid dibahagi 6 orang dalam 1 kumpulan.

2.    Murid menyelesaikan masalah dalam kumpulan.

3.      Murid tunjuk cara penyelesaian di kad manila yang diedarkan.
(murid akan menganalisiskan masalah dan menentukan cara penyelesaian)


4.      Wakil murid membentangkan jawapan.

Strategi:
-perbincangan kumpulan


Sumber pengajaran:
kertas mahjong

Sikap saintifik dan nilai murni:
-penglibatan aktif.
-teliti dalam pengiraan

Pendekatan inkuri
ABM:
Kad manila &  pen penanda
Refleksi/
Penutup
(5 min)
1.      Kuiz
(rujuk lampiran3)



1.      Taksif kefahaman murid dengan memberi kuiz pendek dan mengadakan pertandingan antara kumpulan.

2.      Tunjukkan jawapan di kad manila.

3.      Guru memberi tugasan latihan lembaran kerja kepada murid.

(rujuk lampiran 4)
1.      Murid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab soalan.  Muird menunjukkan jawapan pada kad manila.

2.      Murid menerangkan secara am tentang apa yang dipelajari hari ini sebagai penutup.

Strategi/
Teknik:
-penyoalan seluruh kelas
Sumber pengajaran:
-Kertas mahjong
-lembaran kerja
Pendekatan inkuri
ABM:
Kad manila  & pen  penanda


3 comments:

Followers